Friday, 9 January 2015

Bajet Masuk Rumah Baru



Assalamualaikum pembuka bicara…

Kali ni saya nak bercerita pasal bajet untuk masuk rumah baru ni. Memang tak dapat dinafikan, duit mengalir laju je macam air terjun bila bercerita pasal ni. Suami saya dari mula-mula buat keputusan  untuk beli rumah (the house was still under construction) selalu je pesan, jangan banyak sangat membazir duit, simpan duit tu, nanti nak masuk rumah banyak nak pakai duit. Suami saya memang seorang yang sangat particular pasal hal-hal macam ni. But I was childish. Dalam otak duk fikir, ala, apela nak prepare sangat, rumah dah siap, masuk cuci kaki je lah! Teruk benar pemikiran waktu tu!

Nak dijadikan cerita, pemaju rumah kami memang cepat sangat buat kerja. Rumah tu mula dibina Disember 2013, tapi Disember 2014 dah dapat pegang kunci. Pejam celik, setahun tu pun cepat je masa berjalan dan duit yang terkumpul pun tidak lah banyak sangat untuk bantu suami. Menyesal sangat tak kumpul awal-awal! So, for those who are planning to buy a house, please take this into consideration, ya! You need to save a lot of money to make your house liveable. 

Waktu mula-mula dapat kunci rumah, saya pergilah site visit dengan suami. Seronok sangat, macam dalam hati ada taman gitu. Tapi bila buka je pintu, Ya Allah, jangkaanku selama ni memang tersasar jauh sangat. Haha. The house was practically empty! Cuma ada badan rumah je la. Waktu tu baru faham, oh, inilah yang suami saya maksudkan dengan ‘simpan duit’.

Macam yang saya cerita sebelum ni, kami memang tak duduk lagi rumah tu walaupun dah dapat kunci. Banyak lagi yang kena buat dek non oi. 

Pertama sekali, kena spend duit untuk masukkan elektrik dan air. Kalau tak ada dua benda ni, memang tak dapat buat kerja la kan. So, untuk proses ni saja, sediakanlah bajet lebih kurang RM800 (inclusive stamp duty). RM500++ untuk elektrik dan RM200++ untuk air. Bila dah ada elektrik dan air, secondly, barulah cari wireman untuk pasang segala mak nenek wiring lampu kipas etc. Untuk lampu kipas, kami berbelanja ±RM2k. Itu pun memang basic sangat. Beli downlight, LED bulbs (for energy saving), dan kipas 5 ketul. Saya dan suami memang tak beli lagi lampu-lampu gantung tu. Kami memang nak keep it simple dulu. 

Lepas tu, semalam, saya berdialog lah dengan suami saya, tanya dia, berapa duit abes untuk wiring? Terkejut sangat bila dia kata the whole cost is RM9k! Saya cakap kat dia, tak logik la mahal macam tu sekali. So, dia pun cerita la, itu kos untuk semua benda termasuk 3 air-conds (2 yang 1hp for the bedroom and study room and the other one is 2hp for the living room), barang-barang macam wire, suis, emergency light and etcetra. Mula-mula saya cakap kat husband, kita skip dulu air-cond in case bajet tak cukup, tapi encik suami memang taknak la sebab dia kata, biarlah susah sekarang, malas dah nak deal dengan kerja-kerja pemasangan ni kemudian. Buat sekaligus gitu. Pastu, suami saya cakap lagi, upah tu jadi mahal sikit sebab dia suruh wireman hack the wall dekat dinding dapur. Benda ni dibuat atas persetujuan bersama antara dealer kitchen cabinet dengan wireman tu sendiri sebab mereka mintak biar wayar2 tu duduk dalam sikit so takdelah kitchen cabinet tu tersembul keluar nanti. 

Yang ketiga adalah kitchen cabinet tu sendiri. Kitchen cabinet ni memang kami kena install sebab yang pemaju tu bagi adalah satu sinki saja! Sedih betul. Pastu pulak, sebab sekarang kami menginap di kuarters kerajaan, so memang tak pernah beli perabot apa-apa lagi. Nak tak nak memang kena buat kitchen cabinet untuk kerja masak-memasak nanti. Pastu bila kami pergi kat dealer tu, kami buat keputusan untuk buat satu wardrobe dan TV panel sekali. Macam saya cakap, kami memang tak ada perabot lagi, so, kalau tak nak buat pun, kami kena beli dan bila beli tu, of course lah harganya pun lebih kurang sama kan? So, untuk 3 benda ni, kami berhabis dalam RM17.5k. Nanges air mata darah tau masa nak bayar ni semua! Tu lah, sape suruh tak saving awal-awal kan?

Lastly yang sangat penting adalah house grill. Ni penting untuk safety. Yang ni saya tak pasti lagi berapa RM kami kena spend. Grill ni suami buat sendiri je, so insyaAllah kos dia tak mahal sangat kot. Cuma nak beli besi je la. Nnt kalau dah siap semua, saya akan update!

Wah, panjang lebar dah bercerita. Saya nak ingatkan lagi sekali, entri ni ditulis bukan lah untuk menunjuk-nunjuk, tapi cuma nak remind berapa banyak duit yang kita perlu simpan dan belanja untuk masuk rumah baru. Kira punya kira, kalau nak duduk dalam keadaan selesa, RM30k mesti kena ada dalam tangan. Tapi itu ikut saiz rumah la kan. Rumah kami ni kecik saja. SemiD with 3 rooms. Yang rumah lagi besar tu, just imagine la how much you should spend… Apa-apa pun, berbelanja tu biarlah berpada-pada. Needs come first before wants.

14 comments:

Mak Jemah said...

untung dh masuk umah baru uolss.. hehe. standard letu kitchen cabinet. buat sendiri lg best sbb boleh design sendiri. bnyk je org buat cabinet dapur skrg ni.. sy pon br lepas buat kitchen cabinet. nasib baik dpt harga mmber2. hehe
ingt nk masuk aircond la pulak kt umah

Zara Mia said...

untungle masuk aircond mak jemah. hahaha. elok le, skrg cuaca pon tak menentu. kekadang tgh hari panas nau2 kan mak.. elok le mak masukkan aircond kat rumah..

Mak Jemah said...

tu le dik mia oi.. tp kan mana nk dpt yg murah2 eh? kena bajet2 skit sbb dh abis bnyk buat cabinet kitchen tu. hehe. kalau dpt aircond murah pastu pasang pon murah lg elok. hehe

kaki skodeng said...

mana ada aircond murah mak jemah oi.. mau riban2 rege.. dh la baya bil letrik pon mahal jugak. hahaha

Akim Amad said...

kalau nk cari air cond murah, g je courts. sbb skrg ada promosi cooling fair 2015 kat courts. bnyk aircond murah2 ada.

Mak Jemah said...

yeke @Akim Ahmad? kat mana ada promosi tu? bnyk tak ada?

Akim Amad said...

banyak brand yg ada. kalau tak silap ada 16 brand air cond yg ada kat cooling fair courts tu. setakat yg sy tau, dia buat kat tiga cawangan courts buat masa ni. kat setapak, sri damansara satu lagi kat courts ipoh

Zara Mia said...

oh. ada pernah tgk iklan psl promosi ni. smpai mnggu depan kan. smpai 20hb september. so ada smnggu lg la mak jemah kalau nk pegi usha air cond. hahaha

25th Street said...

Molek le tu. Cuaca memang sangat extreme sekarang. Pasang kipas pon hampeh. I pasang kipas konon2 nak design bagai kat ruang tamu. Tapi, at last kipas tu tidak lah menyumbang ape2 pun. Makin panas ade la...

Mhelmi said...
This comment has been removed by the author.
Acher Md Som said...

Ade buat plaster ceiling tak sis?

Natasha Choco said...

RASAKAN SENSASI KEMENANGAN DENGAN MEJA HOKI DAN KARTU BAGUS SETIAP HARINYA !!
SATU - SATU NYA SITUS TARUHAN DENGAN RATING KEMENANGAN TERTINGGI DAN PENCARIAN BANDARQ NO. 1 DI GOOGLE!! :)
Dengan Fasilitas Exclusive :
Proses Transaksi yg jauh Lebih mudah dan Cepat!!
Minimal Depo & WD Terjangkau cuma 20 rb!!
Kartu di Meja juga Lebih Ringan..
Tidak lupa juga Menemani anda Tips & Trik yg Selalu Jitu..
Games Juga Mudah di Akses dr berbagai Gadget LHO!!!
jangan pusing lagi bos.. Bermain dengan santai dan Tenang bersama kami!!
karena tidak ada pelayanan se-mewah, se-profesional dan se-exclusive Hobiqq,Poker!! ^^
Kembangkan Hobi anda.. Warnai kartu anda yang hobi selalu kasih QQ !!! ^^
HUB KAMI DI :
SKYPE : HOBIQQ
FACEBOOK : HOBIQQ
PIN BBM : 7770C8B4
Yahoo : Hobiqq@yahoo.com
Line : HOBIQQ
www. HOBIQQ .poker
www. HOBYQQ .com
www. HOBI99 .com

Aisyah Zazuri said...

Saya pun anggaran untuk kos rumah semua dalam 30k.

Bro Kay said...

Entry yang menarik. Kalau Nak pindah rumah atau pejabat dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail