ASSALAMUALAIKUM W.B.K.
Syukur Alhamdulillah, saya masih
lagi diberikan peluang untuk bernafas di dunia Allah yang cukup luas dan indah
ni… Lama juga blog ni ditinggalkan. Mulanya memanglah berazam nak update blog
sekurang-kurangnya sekali seminggu tapi nak buat macam mana, realiti tak
sebegitu mudah. Sesi persekolahan 2015 dah sebulan bermula dan macam biasalah,
sebagai seorang guru, bulan pertama ni macam-macam hal yang kena selesaikan
termasuklah menguruskan murid-murid yang keluar masuk sekolah, keceriaan kelas,
dan juga menyiapkan rancangan pengajaran tahunan yang akan dijadikan panduan
setiap masa... Panjang pula muqaddimah..
Berbalik kepada 25th
street, Alhamdulillah, perkembangan terbaru, hari ni elektrik dah pun masuk. Syukur
sangat2. Sekarang ni sesi pembersihan rumah akan dimulakan dan boleh lah buat
sampai malam since elektrik dah ada. Actually, dah dua kali suami saya pergi
basuh (saya dimasukkan ke wad, so tak boleh nak tolong), tapi bila pergi
melawat baru-baru ni, lantai masih lagi berhabuk! Tak tahu lah nak buat macam
mana dah. Kepada sape2 yang ada idea, bolehlah share. Our plan after this is to
firstly use vacuum cleaner to reduce the dust. Hopefully, it’ll work well.
Next, worktop untuk kami punya kabinet
dapur pun dah siap. Alhamdulillah, so far nampak okay. Minggu depan pekerja
dari Pro Deco Kitchen akan install sepenuhnya kabinet dapur ni (katanya laa...). InsyaAllah. Memang tak sabar sangat
nak tengok final product! Hehe. Banyak lagi nak cerita tapi simpan lah sikit
untuk next entries, insyaAllah. For now, let us enjoy some pictures from the
whole processes ya!
ini worktop yang dah siap tu. Suami pilih warna gelap. Katanya tak de lah nampak comot sangat nanti. Cuba tengok lantai~~~ banyak lagi habuk tu.. (T_T)
close up bahagian sinki. Memang nak kena berus lagi biar nampak shining! Wait for meee...
bakal jadi dining area. Disebabkan ruang agak terhad, kami buat keputusan untuk combine bahagian kitchen ngan dining. Kena fikir macam mana nak deko untuk tak nampak serabut! Wallpaper pulak kami pilih warna dark brown to go along with the work top. Another reason is, wall sekeliling and lantai dah warna cerah, so kami fikir, mungkin warna yang gelap sikit boleh spice up the room. Tengoklah nanti~~~
sedikit teaser untuk living room :P.. hehehe. Kami pilih brick wallpaper sebab temanya ialah naturalistic. Berangan je nak bertema-tema, Tapi hasilnya belum tahu macam mana...
tadaaa... satu lagi teaser untuk master bedroom. Kami pilih warna sweet pink ni untuk naikkan mood romantic (maybe???).. haha.. sebenarnya tak pun, kami pilih sebab design ni nampak cantik :)
So, setakat ni je la dulu.. Bagi saya ada satu yang nampak cacat sikit which is wiring tu.. Nampak la casing dia yang warna putih tu. Kena fikir macam mana nak sorok atau blend dengan the surrounding supaya tak nampak pelik sangat. Any idea???
2 comments:
syoknya nak masuk rumah baru =)
eksaited sangat kan kalau duk berhias rumah baru ni..
Post a Comment