Saturday 15 August 2015

Pengakhiran Syawal 2015


Assalamuaalaikum...
Makanya berakhirlah sudah Syawal untuk tahun 2015. Banyak jugak saya menerima jemputan untuk rumah terbuka. Yang paling bestnya tahun ni, kami sendiri juga turut menjadi tuan rumah untuk open house teratak kami yang dianjurkan pada 8 Ogos 2015. Aik.. macam dah seminggu berlalu kan? Tapi almaklumlah, dengan pelbagai komitmen yang lain, baru hari ini saya ada kesempatan sikit untuk update tentang majlis secara kecil-kecilan di rumah kami ni.

Majlis ni pun sebenarnya last minute je preparation nye. Ye lah, last2 minit kami dapat surat siaran yang mengarahkan kami untuk bersekolah ganti pada hari Sabtu tu. Terkejut juga dibuatnya. Saya siap mohon CRK lagi. Ye lah, kesian jugak kat Encik Hubby nak arrange majlis tu berseorangan pulak. Tapi Alhamdulillah, masa hari Khamis tu, kami dapat berita gembira yang kami tak perlu ganti cuti hari Sabtu.. Selamat lah CRK saya. :)

Disebabkan kami berdua saje, maka, semua makanan kami tempah. Ada dua benda je yang saya buat sendiri iaitu potato salad dan puding buih. Jom lah layan gambar-gambar kat bawah ni untuk tengok menu yang telah disediakan... :) Jemput jamu mata..


Ni menu utama kami iaitu nasi minyak.. lauk2 iringan haruslah ada ayam masak merah, gulai daging, acar timun dan sambal belacan. Rendang tu lauk tambahan saje.. boleh dimakan dengan nasi minyak dan menu raya sepcial kami iaitu ketupat palas. Punyalah encik hubby keluar awal2 pagi mencari ketupat palas kat Pasar Beserah. Alhamdulillah, ade rezeki, jumpa lah jugak 100 biji... Terus tutup kedai makcik tu. Hahaha. Ketupat nya sedap yang amat. Saya tak makan daging, so ended up cicah ngan serunding ayam saje. Pon sedap.. :)

ni favourite saye.. buat sendiri aje. potato salad nama diberi. sangat senang.. ubi kentang, telur, mayonis dan italian herbs. Yang hijau kat atas tu saya tambah fresh chopped parsley. Campurkan aje semuanya and tadaaaaa.. siap. budak2 kecik suka makan ni..


 ni pulak dessert yang juga buat sendiri.. orang terengganu panggil puding buih... Senang aje buat puding ni. Tambah aje agar-agar merah yang dimasak sedikit tawar dengan meringue. Setengah jam dah boleh siap semua. Nak lagi sedap tabur lah mixed fruits kat atas tu. Makan dengan kuah kastard putih kat tepi tu. Antara favourite tetamu juge ni.. :) Alhamdulillah diorang suka. Yang kat tepi tu pulak agar-agar sirap simple. Makcik nasi minyak tu bagi free aje... benda free mana boleh tolak kan? :) terima kasih makcik.. insyaAllah akan tempah ngan makcik untuk majlis2 masa depan. Sedap.


Terlajak laris... Satay, nasi impit dan kuah kacang.. :)
sekarang ni musim buah2 tempatan.. rambutan menjadi pilihan kami. habis licin.




Alhamdulillah semua makanan habis. Pukul 6 petang tutup kedai. Ada jugak lebih2 tapi encik hubby bungkuskan untuk saudara2 yang duduk dekat2 sini dan juga pekerja2 beliau. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan yang majlis ni berjalan dengan lancar dan berdasarkan feedback yang kami dapat, kebanyakannya berpuas hati. Alhamdulillah. Asalkan tetamu gembira kira okay lah kan?

Kami buat majlis ni pun kira macam house warming la juga. 8 bulan dah duduk sini tapi saudara2 masih lagi tak tahu... Rasa macam tak elok la pulak kan? So sekarang majlis dah settle, kami pun rasa lega lah sikit. Cuma saya rasa agak terkilan la sebab terpaksa buat cuti hari minggu je. Memang dah suntuk sangat masa. Famili semua memang takleh nak datang sebab masing-masing jauh. kalau setakat nak datang weekend memang taklah kan.. kalau buat waktu cuti sekolah, bolehlah diorang nak gerak sama-sama datang Pahang ni. Takpe, niat di hati memang nak buat satu majlis special untuk depa. Tapi kena tunggu cuti panjang untuk keselesaan semua.. :)


Selain dari majlis open house tu, saya dapat dua berita gembira pada hari yang sama. Sukaaaaaaa sangat.. Ape dia???? Jeng....jeng....jeng...

-



-




-

1. adenium saya dah berbunga. Merah menyala. Tak puas tengok. Hari tu saya beli kat kedai tak ada bunga, so memang tak tahu lah colour ape bunganya.. kira macam surprise la kan.. Tapi bila dah berbunga ni memang suka sangat2 dengan warnanya. Love love love. terima kasih Allah atas ciptaanMu ini. Balik sekolah mesti intai bunga ni dulu. :)
2. Parcel saya dah sampai! yay! Dah boleh mula berkebun. Actually dah semai pun beberapa jenis pokok. Nanti saya update dalam entri yang lain. Saya beli kat www.semuamenjadi.blogspot.com. Kak Ros siap bagi free gift iaitu benih labu, dan jagung manis. Thanks akak. nanti kalau tanaman ni menjadi, saya akan repeat order. Sekarang kena test dulu. Ada orang kata kalau tangan panas tanaman tak menjadi. So, apa-apa pun kita kena experiment dulu...

Setakat tu dulu la untuk entri kali ni. Esok dah sekolah. Huhu.. Akan ku update from time to time tentang tanamanku itu. Heheh. Mood excited sekarang. Balik sekolah memang tak masuk rumah dulu. Terus siram dan bermanja-manja ngan anak-anak pokokku. Doakan moga menjadi! Assalam...

Monday 27 July 2015

Pokok Bunga Kantan

Assalamualaikum...

Antara dialog Puan Ayu dengan Kak Midah, pekebun sekolah tersayang:

Puan Ayu: Kak Midah, sekolah kita ni ade pokok bunga kantan tak?
Kak Midah : Ada dik.. tu ha kat belakang sana tu (sambil tunjuk pada belakang bangunan sekolah)
Puan Ayu : Kak Midah, banyak tak pokok tu? Agaknye boleh tak kalau ayu ambik sikit nak tanam kat rumah? (Dalam nada manja memujuk)
Kak Midah : Urm.. boleh aje dik.. Nanti akak tolong korekkan. Pastu akak letak kat kereta ye..
Puan Ayu : Ya Allah.. baiknya Kak Midah ni.. terima kasih.. sayaaaangggg Kak Midah..

Begitulah dialog Puan Ayu dengan Kak Midah awal pagi ni. Teruja sangat sebab Kak Midah sanggup nak tolong ambilkan pokok  bunga kantan tu. Dah lama saya mencari pokok bunga kantan ni. Di rumah mak di kampung pun banyak tapi usaha selalu gagal sebab tanah sekitarnya dah jadi sangat keras susah nak korek. Ade jugak saya cakap kat suami, "kita beli je lah bunga kantan kat pasaraya tu, pastu kita tanam la". Tapi saya digelakkan saje oleh sang suami. Katanya, mana ade orang tanam bunga kantan. Pokok ni ditanam melalu rizom. Jadi kena korek skit akar dia tu untuk ditanam. Saya pun tak pasti lah kesahihan fakta ni..

Macam mana pun, impian untik memiliki pokok bunga kantan termakbul sudah dengan bantuan Kak Midah sayang. She made the job looks easy. Serious saya sangat kagum dengan Kak Midah. She has green fingers without a doubt. Apa yang ditanamnya pasti menjadi. Kat sekolah tu, dialah nursery bergerak kami. Saya suka tengok pokok2 yang dia tanam.. semua subur je. Paling jeles ialah pokok tomato ceri yang sangat lebat buahnya sampai tak habis dimakan. Akhirnya, pasukan guru2 pun turun untuk kutip tomato tu untuk buat ulam kat rumah.

Sebelum ni pun mak saya kat kampung mengidam nak tanam sunflowers yang besar2 tu. Masa tu pun saya dibantu oleh Kak Midah. Dia volunteer nak tolong semaikan anak. Bila dah besar, terus dia bagi saya. Dalam 5 pokok jugak la. Sekarang pokok2 tu semua happy je membesar di kampung saya.

Tapi.. yang sedihnya, Kak Midah dah nak berhenti kerja.. Macam nak nanges je dengar berita ni. Bukannye sebab dia selalu tolong saya, tapi sebab kebaikan dan kerajinan beliau tu sendiri... saya memang sangat respect kat dia.. she is one of a kind that you regret when she's not around.

Apa2 pun, terima kasih Kak Midah atas kesudian menolong saya untuk dapatkan pokok kantan ni.. akan ku jaga dengan sepenuh hati supaya ia dapat berbakti dalam masakan2 ku nanti.. muehehehehehe...

Kantan...dalam Bahasa Inggerisnya torch ginger.. harapnya dapat menyeri lamanku nanti dengan bunga-bunga pink yang digunakan untuk masakan seperti laksa, masak asam dan sebagainya... :)

Sunday 26 July 2015

The Aftermath

ASSALAMUALAIKUM W.B.K

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang membaca. Sekarang dah reda sikit musim perayaan, maka terbukalah pintu hati untuk menaip sepatah dua kata dan berkongsi pengalaman hidup yang semestinya hanyalah pinjaman semata-mata dari Yang Maha Berkuasa.

Hari ini saya mahu berkongsi beberapa gambar kabinet dapur saya yang telah pun siap sepenuhnya. dah lama siap sebenarnya... Dan oven pun telah digunakan dengan begitu aktif untuk membuat biskut raya baru-baru ini. Dalam entry sebelum ini ada saya berkongsi bajet yang diperlukan dan untuk pengetahuan semua, saya telah membuat keputusan untuk menyerahkan projek kabinet dapur ini kepada Prodeco Kitchen yang berpusat di Kuantan, Pahang. Setakat ini, saya amatlah berpuas hati dengan kabinet dapur ni dan memang mudah diselenggarakan... Thank you Prodeco Kitchen!

 tada.. dengan ini saya mempersembahkan kabinet dapur Pun Ayu yang simple-simple saje..

ini pula adalah pandangan dari on the other side. saya rasa cermin nako itu sangat merosakkan pandangan. need to do something about it.


gambar bonus.. cik abe is dusting the cabinet.. beliau seorang yang sangat pemalu sebenarnya.. hihihi.. :)


Jadi, itulah serba sedikit imej dapur Puan Ayu sekarang. Sangat simple kan? Sebenarnya, saya agak kurang yakin juga dengan pilihan pintu dapur kabinet tu.. Rasa macam outdated sangat. Maklumlah sekarang ni, ramai orang yang memilih untuk buat kabinet menggunakan warna yang bold macam merah hitam, hijau neon and etcetera. Saya pun sebelum ni terfikir nak buat warna putih je semuanya, cuma bila fikir balik yang saya ni berkerjaya, niat tu terkubur. Maklumlah, warna putih ni tinggi mentenennye. Kalau pemalas memang akan nampak comot. Saya ni pemalas jadi putih memang bukan untuk saya...

Bila saya belek-belek bahan untuk pintu kabinet, rasa tergerak hati lah pulak untuk buat corak ni. Designer Prodeco tu pun menyokong lah cadangan saya tu. Dalam hati waktu tuh bukan mainlah runsingnya kot-kot lah outcome dia tak cantik. Maklumlah cabinet ni makan duit jugak, bukannye boleh tukar macam tukar baju tu..

Tapi Alhamdulillah, saya rasa pilihan saya ni tepat (at least for me). Sekarang , saya rasa gembira je nak melangkah masuk ke dapur.. mhihihi.. tapi saya ni hangat2 tahi ayam je.. Hopefully perasaan gembira ni akan kekal untuk satu masa yang lama..

Dapur dah siap, sekarang ni Puan Ayu ade projek baru pulak iaitu kebun dapur. Ongoing lagi sebenarnya. Tapi bila dok belek2 pokok kat nursery, terjatuh cinta lah pulak dengan kecantikan orkid. Saya rasa takut sangat kot2 hantu orkid akan merasuk diri saye.. hihihi...takpelah..kita tengok macam mana nanti.. InsyaAllah bila ada masa, saya akan update blog ni dengan projek baru sya.. Setakat itu dulu untuk hari ni.. babai semua...

Wednesday 28 January 2015

Oh Idea! Please Come to Me...



ASSALAMUALAIKUM W.B.K.

Syukur Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di dunia Allah yang cukup luas dan indah ni… Lama juga blog ni ditinggalkan. Mulanya memanglah berazam nak update blog sekurang-kurangnya sekali seminggu tapi nak buat macam mana, realiti tak sebegitu mudah. Sesi persekolahan 2015 dah sebulan bermula dan macam biasalah, sebagai seorang guru, bulan pertama ni macam-macam hal yang kena selesaikan termasuklah menguruskan murid-murid yang keluar masuk sekolah, keceriaan kelas, dan juga menyiapkan rancangan pengajaran tahunan yang akan dijadikan panduan setiap masa... Panjang pula muqaddimah..

Berbalik kepada 25th street, Alhamdulillah, perkembangan terbaru, hari ni elektrik dah pun masuk. Syukur sangat2. Sekarang ni sesi pembersihan rumah akan dimulakan dan boleh lah buat sampai malam since elektrik dah ada. Actually, dah dua kali suami saya pergi basuh (saya dimasukkan ke wad, so tak boleh nak tolong), tapi bila pergi melawat baru-baru ni, lantai masih lagi berhabuk! Tak tahu lah nak buat macam mana dah. Kepada sape2 yang ada idea, bolehlah share. Our plan after this is to firstly use vacuum cleaner to reduce the dust. Hopefully, it’ll work well.

Next, worktop untuk kami punya kabinet dapur pun dah siap. Alhamdulillah, so far nampak okay. Minggu depan pekerja dari Pro Deco Kitchen akan install sepenuhnya kabinet dapur ni (katanya laa...). InsyaAllah. Memang tak sabar sangat nak tengok final product! Hehe. Banyak lagi nak cerita tapi simpan lah sikit untuk next entries, insyaAllah. For now, let us enjoy some pictures from the whole processes ya!

ini worktop yang dah siap tu. Suami pilih warna gelap. Katanya tak de lah nampak comot sangat nanti. Cuba tengok lantai~~~ banyak lagi habuk tu.. (T_T)

close up bahagian sinki. Memang nak kena berus lagi biar nampak shining! Wait for meee...

bakal jadi dining area. Disebabkan ruang agak terhad, kami buat keputusan untuk combine bahagian kitchen ngan dining. Kena fikir macam mana nak deko untuk tak nampak serabut! Wallpaper pulak kami pilih warna dark brown to go along with the work top. Another reason is, wall sekeliling and lantai dah warna cerah, so kami fikir, mungkin warna yang gelap sikit boleh spice up the room. Tengoklah nanti~~~

sedikit teaser untuk living room :P.. hehehe. Kami pilih brick wallpaper sebab temanya ialah naturalistic. Berangan je nak bertema-tema, Tapi hasilnya belum tahu macam mana...

tadaaa... satu lagi teaser untuk master bedroom. Kami pilih warna sweet pink ni untuk naikkan mood romantic (maybe???).. haha.. sebenarnya tak pun, kami pilih sebab design ni nampak cantik :) 

So, setakat ni je la dulu.. Bagi saya ada satu yang nampak cacat sikit which is wiring tu.. Nampak la casing dia yang warna putih tu. Kena fikir macam mana nak sorok atau blend dengan the surrounding supaya tak nampak pelik sangat. Any idea???



Friday 9 January 2015

Bajet Masuk Rumah Baru



Assalamualaikum pembuka bicara…

Kali ni saya nak bercerita pasal bajet untuk masuk rumah baru ni. Memang tak dapat dinafikan, duit mengalir laju je macam air terjun bila bercerita pasal ni. Suami saya dari mula-mula buat keputusan  untuk beli rumah (the house was still under construction) selalu je pesan, jangan banyak sangat membazir duit, simpan duit tu, nanti nak masuk rumah banyak nak pakai duit. Suami saya memang seorang yang sangat particular pasal hal-hal macam ni. But I was childish. Dalam otak duk fikir, ala, apela nak prepare sangat, rumah dah siap, masuk cuci kaki je lah! Teruk benar pemikiran waktu tu!

Nak dijadikan cerita, pemaju rumah kami memang cepat sangat buat kerja. Rumah tu mula dibina Disember 2013, tapi Disember 2014 dah dapat pegang kunci. Pejam celik, setahun tu pun cepat je masa berjalan dan duit yang terkumpul pun tidak lah banyak sangat untuk bantu suami. Menyesal sangat tak kumpul awal-awal! So, for those who are planning to buy a house, please take this into consideration, ya! You need to save a lot of money to make your house liveable. 

Waktu mula-mula dapat kunci rumah, saya pergilah site visit dengan suami. Seronok sangat, macam dalam hati ada taman gitu. Tapi bila buka je pintu, Ya Allah, jangkaanku selama ni memang tersasar jauh sangat. Haha. The house was practically empty! Cuma ada badan rumah je la. Waktu tu baru faham, oh, inilah yang suami saya maksudkan dengan ‘simpan duit’.

Macam yang saya cerita sebelum ni, kami memang tak duduk lagi rumah tu walaupun dah dapat kunci. Banyak lagi yang kena buat dek non oi. 

Pertama sekali, kena spend duit untuk masukkan elektrik dan air. Kalau tak ada dua benda ni, memang tak dapat buat kerja la kan. So, untuk proses ni saja, sediakanlah bajet lebih kurang RM800 (inclusive stamp duty). RM500++ untuk elektrik dan RM200++ untuk air. Bila dah ada elektrik dan air, secondly, barulah cari wireman untuk pasang segala mak nenek wiring lampu kipas etc. Untuk lampu kipas, kami berbelanja ±RM2k. Itu pun memang basic sangat. Beli downlight, LED bulbs (for energy saving), dan kipas 5 ketul. Saya dan suami memang tak beli lagi lampu-lampu gantung tu. Kami memang nak keep it simple dulu. 

Lepas tu, semalam, saya berdialog lah dengan suami saya, tanya dia, berapa duit abes untuk wiring? Terkejut sangat bila dia kata the whole cost is RM9k! Saya cakap kat dia, tak logik la mahal macam tu sekali. So, dia pun cerita la, itu kos untuk semua benda termasuk 3 air-conds (2 yang 1hp for the bedroom and study room and the other one is 2hp for the living room), barang-barang macam wire, suis, emergency light and etcetra. Mula-mula saya cakap kat husband, kita skip dulu air-cond in case bajet tak cukup, tapi encik suami memang taknak la sebab dia kata, biarlah susah sekarang, malas dah nak deal dengan kerja-kerja pemasangan ni kemudian. Buat sekaligus gitu. Pastu, suami saya cakap lagi, upah tu jadi mahal sikit sebab dia suruh wireman hack the wall dekat dinding dapur. Benda ni dibuat atas persetujuan bersama antara dealer kitchen cabinet dengan wireman tu sendiri sebab mereka mintak biar wayar2 tu duduk dalam sikit so takdelah kitchen cabinet tu tersembul keluar nanti. 

Yang ketiga adalah kitchen cabinet tu sendiri. Kitchen cabinet ni memang kami kena install sebab yang pemaju tu bagi adalah satu sinki saja! Sedih betul. Pastu pulak, sebab sekarang kami menginap di kuarters kerajaan, so memang tak pernah beli perabot apa-apa lagi. Nak tak nak memang kena buat kitchen cabinet untuk kerja masak-memasak nanti. Pastu bila kami pergi kat dealer tu, kami buat keputusan untuk buat satu wardrobe dan TV panel sekali. Macam saya cakap, kami memang tak ada perabot lagi, so, kalau tak nak buat pun, kami kena beli dan bila beli tu, of course lah harganya pun lebih kurang sama kan? So, untuk 3 benda ni, kami berhabis dalam RM17.5k. Nanges air mata darah tau masa nak bayar ni semua! Tu lah, sape suruh tak saving awal-awal kan?

Lastly yang sangat penting adalah house grill. Ni penting untuk safety. Yang ni saya tak pasti lagi berapa RM kami kena spend. Grill ni suami buat sendiri je, so insyaAllah kos dia tak mahal sangat kot. Cuma nak beli besi je la. Nnt kalau dah siap semua, saya akan update!

Wah, panjang lebar dah bercerita. Saya nak ingatkan lagi sekali, entri ni ditulis bukan lah untuk menunjuk-nunjuk, tapi cuma nak remind berapa banyak duit yang kita perlu simpan dan belanja untuk masuk rumah baru. Kira punya kira, kalau nak duduk dalam keadaan selesa, RM30k mesti kena ada dalam tangan. Tapi itu ikut saiz rumah la kan. Rumah kami ni kecik saja. SemiD with 3 rooms. Yang rumah lagi besar tu, just imagine la how much you should spend… Apa-apa pun, berbelanja tu biarlah berpada-pada. Needs come first before wants.

25th Street in 2015



Bismillahirrahmanirrahim…

Salam perkenalan. Salam tahun 2015. 

Memang puas bila dapat memiliki rumah sendiri. Rasanya setiap orang pun ada memasang cita-cita atau angan-angan untuk ada rumah sendiri. Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki dan peluang oleh Allah Ta’ala untuk merasai nikmat ni. 

Sebenarnya, kami juga baru dapat kunci rumah. Tapi rumah tu masih belum boleh diduduki sebab banyak lagi benda yang perlu dilakukan. Plan kami, biarlah semua kerja-kerja berhabuk (wiring, kitchen cabinet, etc) siap dulu, barulah boleh masuk rumah tu. InysaAllah, kalau takde aral, bulan depan dah boleh masuk. Tak sabar sangat!

Blog ni bukanlah dibuat dengan niat nak menunjuk-nunjuk. Tapi, blog ini diwujudkan sebagai satu cara bagi memahat kenangan yang telah dan bakal dialami oleh kami di kediaman kami. 

Setakat ni tak banyak lagi benda yang nak diceritakan. Maklumlah, kami masih lagi diperingkat amatur. Sebelum ni banyak juga saya baca blog-blog lain untuk belajar tips-tips nak naik rumah baru dan juga tips-tips dekorasi. Saya mengaku, saya memang tak kreatif. Tak tahu lah apa yang akan jadi dengan rumah kami nanti! Hehehe~

Apa-apa pun, insyaAllah, blog ni akan diupdate setiap kali ada benda terbaharu yang terjadi kat rumah ni dan kalau ada kesempatan masa. Sangat teruja sebenarnya nak berkongsi pengalaman… J Kepada sesiapa yang terbaca blog ni, sila-silalah singgah dan sama-sama kita kongsi pengalaman ataupun idea ye! Sharing is caring…


 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail